Cik Umi

Thursday, September 14, 2017

Resepi Ayam KFC Homemade By Cik Umi

Encik Somi merap nak ayam kepci. Nak saving punya pasal. Buat sendiri lebih puas hati. Banyak boleh makan kan. Serius resepi ni sebijik macam KEPCI

Rangup 😍

***********
Resepi ayam KEPCI sedap, spicy dan rangup. Kalau buat untuk suami konfem repeat order lagi 😂

Okay. Cik Umi bagi resepi ni untuk seekor ayam ya.

Ayam potong 10 ja kalau nak fefeeling ayam KFC bebetul.

Bahan A ( perap dengan ayam selama sejam or lebih. Terpulang pada korang ya )

1. Bawang putih 8 ulas (tumbuk/mesin)

2. 3 sudu serbuk cili baba's (ni pon dah spicy. Kalau nak lebih spicy tambah la lagi 2 sudu.

3. 2 sudu serbuk kari daging babas

4. 2 sudu teh garam

5. Secubit soda bikarbonat

6. Perasakan dengan cukup rasa maggi. Agak agak rasa sedap. Cun.


Bahan B
Sebiji telur dipecahkan.

Bahan C ( selepas sejam perap ayam. Guna bahan ni golekkan ayam dan goreng )

1. 3 cawan tepung jagung

2. 1/2 cawan tepung gandum

3. Secubit soda bikarbonat

4. 1 sudu serbuk cili babas

5. Garam secukup rasa.

Campurkan dan gaul rata Bahan B



Cara-cara :

1. Perap ayam dengan Bahan A selama sejam/lebih. Jangan berhari hari udah la ye. Simpan dalam peti.

2. Selepas sejam. Golekkan ayam yang dah diperap tadi dengan telur.

3. Dah salut cantik dengan telur tu. Golekkan dalam Bahan B.

Dah boleh goreng.  Siap!

P/s : Sebaiknya pakai periuk kecik la ya. Tak membazir minyak korang. Ayam pon tenggelam elok. Masak sekata.

Selamat mencuba sahabat Cik Umi 😊
Rajin klik share resepi ni. Sahabat lain boleh cuba jugak.


 



Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah. Happy shopping with Umie Shawlerz

 

All right reserved for Cik Umi